Saturday, September 29, 2012

satu hari

satu hari itu sangat panjang
sangat mendebarkan
merisaukan
sehingga membingitkan pemikiran
mengusutkan pandangan
yang di hadapan semakin kabur
yang jauh semakin ketinggalan
pendengaran menjadi keliru
bait-bait hilang punca
hilang deria 
tersasar ke sana, situ, sini
arghhhh..

serabut,
tak mengerti,
mahu sahaja baling diri,
dari satu dimensi
ke dunia satu lagi
tercampak sementara
menunggu bingar hilang
saat tiba akhirnya satu hari
baru sendiri mengerti
pulang
dan takkan lagi datang sini.


from day [Tronoh, 2012]

dust [Batu Gajah, 2012]

dawn [Gopeng, 2012]


No comments: