Saturday, April 6, 2013

Manifesto kerajaan Barisan Nasional.

21 ciri-ciri utama Aku Janji Barisan Nasional

Semalam aku tak sempat nak mengikuti manifesto Datuk Najib live. So, google some of the informations untuk aku kaji sendiri. well, pilihanraya nak dekat dah kan.



  1. BN janji beri 150 komitmen baru jika diberi mandat mentadbir negara ini selepas PRU13;
  2. 112 dari komitmen ini telah dilaksanakan, selebihnya menambahkan kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat;
  3. Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji yang dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018;
  4. Apa yang dibentangkan adalah realistik berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono;
  5. Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia;
  6. Penambahan BR1M untuk rakyat yang memerlukan pembelaan;
  7. BR1M dinaikkan kepada RM1200 untuk satu keluarga dan RM600 untuk orang bujang;
  8. Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual;
  9. Dasar 1Negara 1Harga untuk keperluan asas;
  10. Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar;
  11. 1,000,000 rumah mampu milik -termasuk 500,000 rumah PR1MA;
  12. mengambil alih penyelenggaran semua perumahan awam;
  13. Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat;
  14. Membina lebuhraya Pan Borneo;
  15. Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripanya berpendapatan tinggi;
  16. Sekolah satu sesi diperluaskan;
  17. Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas;
  18. Transformasi sekolah vokasional;
  19. 4000 anggota polis setiap tahun;
  20. Penggunaan SafeCam;
  21. Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Dalam banyak-banyak ciri, yang terakhir menyentuh kepada keagamaan? haish, kenapa tak 3 atau 4 menyebut tentang keagamaan yang mana keagamaan banyak menyumbang kepada sosial dan peribadi masyarakat Malaysia. negara Islam seharusnya mementingkan isu keagamaan supaya setiap satu ciri ini selari dengan agama utama dalam negara Malaysia. Datuk Najib, isu ini sangat besar. Dalam isu hiburan dan yang berkait rapat dengannya, tak ada langsung ciri-ciri untuk mengurangkan pusat hiburan yang lebih kepada merosakkan akhlak peribadi masyarakat kita? Sila pandang penting kepada aktiviti-aktiviti untuk memakmurkan rumah ibadat dengan itu ramai yang dapat hadir ke rumah ibadat bukan sekadar untuk beribadat tetapi program-program kebaikan yang lain. -Peruntukan untuk rumah ibadat?


itu hanya pandangan dari sudut pelajar/belia seperti kami.


keamanan negara bukan hanya tertakluk kepada kekuatan fizikal, jumlah ahli pertahanan dan alatan canggih, tetapi kekuatan rohani dan dalaman setiap masyarakat negara berhadapan dengan sesuatu masalah.


Lepas ni, mari dengar manifesto kerajaan Pembangkang.

No comments: