Monday, July 8, 2013

A Guy You Married in 10 Months

Assalamualaikum
Ni bukan post tentang myself. Just a title that relates to my ideas on guy we know each day or terserampak/bertemu tanpa sedar.

Thats it.

lelaki ni banyak jenis. bukan aku belajar dr sesapa, tapi banyak dah jenis lelaki yang aku penah jumpa. tapi dalam banyak-banyak, aku cuma nak satu je dr mereka. yang suka bace kitab. Yang tu memang aku dah penah jumpe, dan kenal, dan x terlalu rapat. tapi kau boleh tahu, kalau pembawakan mereka ni disebabkan seharian mereka tak lekang dr membaca ayat Quran. bukan aku cakap yang mereka takkan lakukan dosa, tapi dari segi adab, mereka lebih perfect.

dalam mana-mana situasi pun, kalau mereka yang slalu pegang kitab, kau akan rasa ade sumber kekuatan dari mereka. mungkin ada dalam kalangan mereka yang tak banyak berkomunikasi dengan yang disekeliling, tapi percayalah, sekali mereka mengeluarkan pandangan, its unexpected. aku sangat kagum. berbicara benda yang hanya perlu dan bermanfaat untuk sekililing, bukankan itu yang dituntut dalam agama kita? dari segi kepimpinan, mereka lebih maju ke hadapan. pernah aku lihat seorang kawan yang selalu menjadi penghulu untuk setiap aktiviti masa belajar dulu. dan aku tahu dr mana datangnya sifat kepimpinan itu. bukan semata-mata dari keberaniaanya, tapi sebab sifat baik dr dirinya dibentuk apabila kita sentiasa mengamalkan membaca Quran.

Secara jujur dan dari pandangan aku sendiri, kalau perkenalan kita dengan seorang lelaki atas dasar Allah, maka jangan dilengahkan. dan jika kita rasa mereka yang kita inginkan itu boleh menjadi ketua keluarga, maka percepatkan. pertunangan yang lama mendatangkan lebih banyak perkara yang tidak kita ingini. Perkara kecil yang kita sangka biasa pun mendatangkan dosa. Kan lebih baik kalau segalanya sudah dalam status halal. Susah untuk membendung perlakuan manusia dari melakukan dosa, walaupun yang kecil. MashaAllah. Sesungguhnya, aku selalu berdoa supaya Allah memberi jalan kepadaku dan yang lain untuk bersama melakukan perkara yang disuruhnya dan meninggalkan laranganNya. Sempena Ramadhan Al Mubarak esok, eloklah kalau kita berazam untuk melakukan perkara kebaikan agar dilipat gandakan pahala kita. beramal dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa, agama dan kepada yang lain. InshaAllah hidup kita diberkati..

Assalamualaikum.

No comments: