Monday, July 22, 2013

People who is Innocent

Sekarang, kita dah dewasa. Sangat grown up, sampai ada kawan yang dah nak masuk anak dua. But it doest not matter kalau kita tak kawin lagi, atau tak ada pasangan lagi. Bukan itu yang menjadi persoalan. tapi kesimpulannya, kita sudah dewasa sehingga mampu mengatur kehidupan kita dan orang lain (anak dan suami, isteri, etc). Jadi, di sini, untuk mengatur kehidupan memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang sewajarnya. Bukan bererti, kita perlu gagah, tapi cukup sekadar sihat tubuh badan, mental dan spiritual. 

Bila, kita dengar masalah harian di mana-mana, terjadinya disebabkan sesetengah individu yang dikatakan "innocent", apa yang kita fikirkan? Dalam lingkungan umur sebegini, how innocent should that person can be? Contohnya, berkongsi idea yang tak wajar dalam majlis-majlis rasmi, perbualan kosong yang sangat tak wajar, adakah individu itu innocent? aku rasa, ianya lebih kepada situasi kurang matang.


Seriously, banyak kes macam ni terjadi. Sesetengah aku klasifikasikan sebagai tidak mendapat pelajaran secukupnya dari rumah or tidak observant. Hanya mementingkan diri sendiri dalam konteks untuk keselesaan diri sendiri. Bersikap tidak matang dan mengambil keputusan yang terburu-buru membantu ke arah peningkatan permasalahan ini. Siapa yang patut dipersalahkan? siapa yang patut mengambil tindakan?

Kita semua dah besar.

Dah patutnya ada arah tujuan. Arah tujuan yang membina seharusnya selari dengan sikap dan pemikiran yang mencorakkan kematangan. Kesilapan lalu banyak memberi pengajaran, jadi gunakan.


Bukan hanya memandang dan menunding jari ke arah orang lain.


itu sahaja.


p/s: dalam banyak manusia, wanita yang paling pelik.termasuk jugak aku, mungkin?

No comments: